Powered By Blogger

Sunday, 29 May 2011

Sejarah SPBT SK Bukit Gasing

Sejarah penubuhAn BILIK bosS
Sk bukit gasing 

Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing mula beroperasi pada 5 Januari 2003. Sebahagian besar murid yang berdaftar di SK Bukit Gasing adalah dari Sekolah Kebangsaan Seberang Marang. Oleh itu pada mulanya sumber buku teks diterima dari sekolah tersebut. Bilik SPBT atau BOSS telah beroperasi pada tahun tersebut. Ketika itu Guru Besar SK Bukit Gasing ialah Encik Yusof bin Embong. Pada tahun 2004, beliau telah bertukar dan diganti oleh Encik Sulaiman bin Ali. Bilik BOSS terletak di tingkat 2 blok G ( Ibnul Haitam ) bersebelahan Bilik Media. Guru Penyelaras pada masa itu ialah Puan Khalijah binti Omar dan dibantu oleh setiausahanya iaitu Encik Ruzlan bin Ismail. Pada Jun 2005, Puan Khalijah binti Omar telah bertukar ke SK Medan Jaya dan jawatan Penyelaras telah diganti oleh Puan Nor Aida binti Ibrahim sehinggalah 2008. Pada tahun 2009, beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Peroh, Hulu Terengganu. Jawatan ini telah dipegang oleh YM Tengku Omar bin Tengku Muda selama setahun. Mulai Disember 2009, Puan Norliza binti Mohd telah memegang jawatan Penyelaras Bilik BOSS Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing. Pada bulan Januari 2010, Bilik BOSS berpindah ke Bilik Operasi yang lebih luas iaitu melebihi 3 bay. 

No comments:

Post a Comment