Wednesday, 14 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
Penggunaan Sistem Barkod
SK Bukit Gasing akan menggunakan sistem barkod sepenuhnya pada
tahun 2012 untuk buku KSSR. Semua buku akan dilekatkan dengan
barkod. Diharap sistem ini dapat memudahkan proses peminjaman dan proses pemulangan.
tahun 2012 untuk buku KSSR. Semua buku akan dilekatkan dengan
barkod. Diharap sistem ini dapat memudahkan proses peminjaman dan proses pemulangan.
Sunday, 29 May 2011
Watikah Pelantikan Pengawas SPBT 2011
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SPBT SK BUKIT GASING
MARANG 12 Februari , (SKBG) – Majlis watikah pelantikan Pengawas SPBT Sk Bukit Gasing berjaya dilangsungkan baru-baru ini, bertempat di Dataran Perhimpunan SK Bukit Gasing. Majlis disempurnakan oleh Tn. Hj. Alias bin Ismail iaitu Guru Besar SK Bukit Gasing.
Seramai 15 pengawas SPBT telah dilantik, menandakan mereka disahkan sebagai pengawas SPBT sekolah, yang akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang dihasratkan oleh pihak sekolah.
Dalam ucapan perasmiannya, Tn. Hj. Alias bin Ismail menyeru para pengawas supaya menjunjung tinggi amanah yang diikrarkan demi kebaikan diri, sekolah dan masyarakat. Beliau mahukan pengawas yang berkhidmat dengan penuh kejujuran dan tanggungjawab.
Majlis turut dihadiri pentadbir sekolah, guru dan pelajar. Para pengawas SPBT turut diserahkan Sijil Watikah Pengawas SPBT. Majlis diakhiri jam 9 pagi.
Pengawas SPBT sedang menerima Watikan Pelantikan dari Guru Besar SK Bukit Gasing
Laman Aplikasi eMateks & Sisteksbbt v2
- Aplikasi Emateks http://emateks.moe.gov.my/emateks
- Bagi aplikasi sisteksbbt v 2 pula, ia boleh dimuat turun terus dari laman web www.greensilicon.com/docs/sisteks kerana aplikasi yang terdapat di laman web BBT didapati telah korup atau rosak.
SISTEKS 2.0
PENGURUSAN STOK BUKU SPBT SK BUKIT GASING
SPBT Sk Bukit Gasing menggunakan sepenuhnya sistem yang diperkenalkan oleh KPM bahagian Buku Teks iaitu menggunakan Sistem SISTEKS 2.0 yang merupakan sistem yangterkini. Semua pengurusan mengenai buku teks menggunakan
sistem ini.
Piagam Pelanggan SPBT SKBG
Kami warga Unit SPBT SK Bukit Gasing dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:-
v Memastikan setiap pelajar yang layak mendapat buku SPBT dengan buku-buku yang cukup dan elok keadaan fizikalnya.
v Memastikan bekalan buku SPBT mencukupi bagi memenuhi keperluan pelajar
v Memastikan buku-buku yang disimpan di dalam bilik SPBT dijaga dengan baik
v Mengagihkan buku SPBT kepada pelajar tanpa berlengah supaya pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas
v Memastikan semua urusan SPBT dengan Jabatan/ Kementerian disempurnakan dalam tempoh yang ditentukan.
v Sentiasa peka dengan maklumat terkini SPBT
v Melayan pertanyaan atau permohonan ibubapa/ penjaga dengan penuh tanggungjawab.
v Sentiasa memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan berdedikasi.
Sejarah SPBT SK Bukit Gasing
Sejarah penubuhAn BILIK bosS
Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing mula beroperasi pada 5 Januari 2003. Sebahagian besar murid yang berdaftar di SK Bukit Gasing adalah dari Sekolah Kebangsaan Seberang Marang. Oleh itu pada mulanya sumber buku teks diterima dari sekolah tersebut. Bilik SPBT atau BOSS telah beroperasi pada tahun tersebut. Ketika itu Guru Besar SK Bukit Gasing ialah Encik Yusof bin Embong. Pada tahun 2004, beliau telah bertukar dan diganti oleh Encik Sulaiman bin Ali. Bilik BOSS terletak di tingkat 2 blok G ( Ibnul Haitam ) bersebelahan Bilik Media. Guru Penyelaras pada masa itu ialah Puan Khalijah binti Omar dan dibantu oleh setiausahanya iaitu Encik Ruzlan bin Ismail. Pada Jun 2005, Puan Khalijah binti Omar telah bertukar ke SK Medan Jaya dan jawatan Penyelaras telah diganti oleh Puan Nor Aida binti Ibrahim sehinggalah 2008. Pada tahun 2009, beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Peroh, Hulu Terengganu. Jawatan ini telah dipegang oleh YM Tengku Omar bin Tengku Muda selama setahun. Mulai Disember 2009, Puan Norliza binti Mohd telah memegang jawatan Penyelaras Bilik BOSS Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing. Pada bulan Januari 2010, Bilik BOSS berpindah ke Bilik Operasi yang lebih luas iaitu melebihi 3 bay.
Subscribe to:
Posts (Atom)